Thursday, January 17, 2013

Review buku - Sperma Cinta 1 & 2



Buku kisah hidup yang paling real bagi gua. Gua langsung tak rasa gua tak tengah membaca. Gua rasakan macam AisaLinglung ni tengah cerita depan gua, bahkan boleh gua cakap macam gua tengah tengok filem perjalanan hidup seorang hamba Allah. Kisah hidup AisaLinglung dari kecil membawa ke besor semuanya dimuatkan dalam dua buku ini.

Gua kagum dengan kehidupan lu bro. Penuh dengan kenangan-kenangan lucu. Dan satu lagi yang gua respect macam mana lu boleh ingat semua peristiwa-peristiwa tu. Bahasa yang digunakan sangat santai, tidak terlalu baku selari dengan buku-buku penerbitan syarikat buku indie yang lain.

Bagi lu orang yang mahukan keceriaan dalam hidup, yang baru clash dengan awek, dan juga telah dimalukan di khalayak ramai dengan perkataan Listen, listen, listen, gua cadangkan lu orang baca buku ini. Gua berani jamin lu orang takkan menyesal.

No comments:

Post a Comment