Thursday, January 17, 2013

Budak-budak lagi

Gua masih ingat lagi. Yaa, waktu tu tahun 2008 gua baru tingkatan 1 bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia. Tengah sedap-sedap gua belajar, maklumlahh baru tingkatan 1, secara tiba-tiba kami dipanggil ke surau untuk ceramah. Ceramah apa ni tiba-tiba je ? Nak ditambah pelik lagi, lelaki dan perempuan diasingkan. Perempuan di bilik seminar, lelaki di surau. Gua sebagai seorang pelajar yang berdedikasi lagi berdisplin terus ke surau tanpa membantah mahupun mempertikaikan keputusan sekolah. Huhh !

Gua baca apa yang tertulis di powerpoint yang terpampang kat depan surau. Gua tak ingat apa yang dia tulis. Tapi yang gua ingat ceramah pasal disiplin. Yaa disiplin. Dah tu apahal diasingkan lelaki dan perempuan ? Apa displin lelaki dan perempuan lain-lain ke ? Gua mula hairan. Tapi yang macam yang gua cakap awal-awal tadi, gua sebagai pelajar yang berdedikasi lagi berdisplin terus mendengar ceramah tersebut dengan khusyuk dan tekun. Huhh !

Tapi sededikasi-dedikasi gua ni, gua takkan pernah nak catat apa-apa kalau gua dengar ceramah. Sebab gua tahu benda tu buang masa dan hanya mendatangkan penat. Catat lepas tu tak baca balik bagi gua samalah seperti berjoging lepas tu melantak 5 pinggan nasi. Tak memberi kesan lansung.

Okay, habis ceramah kami pun pulang ke kelas dengan pelbagai reaksi. Ada yang mengantuk, ada yang hyperactive, dan ada juga yang berkobar-kobar ingin menjadi pelajar yang berdisplin. Gua termasuk dalam kelompok terakhir. Huhh lagi !

Dalam kelas, gua tengok budak perempuan semua dah ada kat tempat masing-masing. Tak lama lepas tu cikgu geografi gua masuk. Tapi tiba-tiba dia cerita benda pelik-pelik. Pelik-pelik istilah yang keluar dari mulut dia. Gua tak pasti itu istilah geografi atau ada maksud lain. Sperm, testis apa benda tu ?

Gua mula syak lain macam bila tiba-tiba dia sebut mandul, mengandung. Okay yang tu gua paham. Gua nak tanya pasal sperm, testis tapi bila gua usha member-member gua semua buat muka paham lagi-lagi perempuan, membuatkan gua lupakan terus hajat guat tu. Gua pun join buat muka paham sampailah cikgu gua sendiri tanya kat satu kelas. "Korang paham ke apa yang cikgu cakap ni ?"

"Paham !" Gadis-gadis kelas aku menjawab dengan yakin. Kaum adam membisu. "Tak paham cikgu" Tiba-tiba ada seorang kaum adam yang berani menjawab begitu. Gua salute dengan keberanian dia. "Kami pun tak paham cikgu" Disusuli jawapan daripada semua lelaki. Mungkin terdorong dengan keberanian rakan gua yang seorang tadi.

"Habis tu korang dengar ceramah apa tadi ? Ke tidur ?" Dengan tenang cikgu gua menjawab sambil duduk di atas meja gurunya. "Apa kene mengena ceramah disiplin dengan sperm, testis tu cikgu" Budak lelaki tadi menunjukkan lagi keberaniannya. Bertambahlah respect gua kepada dia kerana pada ketika gua form 1, form 2, bertanyakan soalan kepada guru di depan khalayak ramai merupakan perkara yang extreme bagi gua.

"HAHAHAHAHAHA !" Budak-budak perempuan kelas gua gelak. Gua bertambah pelik. Bagi gua langsung takde benda yang lawak  "Ceramah disiplin ye ? Kesiannn" sekali lagi cikgu gua menjawab dengan tenang. Lepas tu cikgu gua mula menerangkan pada kami istilah-istilah tersebut. Gua tiba-tiba rasa malu. Entah kenapa gua rasakan istilah tersebut tidak sesuai dengan umur gua pada ketika itu, 13. Tapi macam biasa, gua buat muka rileks.

Lepas tu baru gua dapat tahu rupa-rupanya ceramah yang sepatutnya diadakan adalah berkenaan dengan pergaulan bebas. Tapi disebabkan penceramah bagi lelaki tak dapat hadir digantikan dengan ceramah displin. Itu sebab budak perempuan kelas gua semua paham. Jahanam betul !

Mulai hari tersebut gua mula paham apa yang dimaksudkan dengan "Malu bertanya sesat jalan". Biarlah kita malu seketika daripada kita sesat buat selama-lamanya. Tapi kalau benda tu memalukan, baik lu orang tanya senyap-senyap. Takut nanti malu selama-selamanya. Assalamualaikum ~




No comments:

Post a Comment