Tuesday, May 7, 2013

Perjuangan

Apa hikmahnya semua ini ?
Allah s.w.t. mahu hamba-Nya lebih sabar.
Lebihkan titisan air mata di setiap doa.
Sujud dan tahajjud.
Lebihkan masa untuk Dia.

Peristiwa hari ini pasti dikenang.
Hari ini kita muda.
5 tahun lagi kita dah tua.
Namun perjuangan tetap muda sampai bila-bila.
5 tahun lagi.
Kita akan berjuang tanpa tokoh-tokoh yang ada kini.
Mungkin mereka tidak sempat bersama lagi.

Kalah.
Bukannya tak biasa.
Kalah bukan bermakna rebah.
Bukan bererti mengalah.
Bukan bererti menyerah.
Cuma akur adanya hikmah.
Menang.
Bukan selamanya akan menang.

Tersungkur hari ini.
Tidak akan mengunci hati.
Tidak pula langkah terhenti.
Tidak pula terkaku matikan diri.
Tersungkur hari ini.
Demi bangkit kembali
pada suatu hari.

La tahzan.
Innallaha ma'ana.

No comments:

Post a Comment