Monday, December 31, 2012

2012 - Bahagian 1

Hari ini 31 Disember 2012 merupakan hari terakhir bagi tahun 2012. Tepat jam 12 tengah malam ini kita akan menyambut kedatangan tahun baru, 2013. Muda-mudi semua sibuk mencari tempat untuk menyambut tahun baru. Ada yang bercadang ke Konsert, ada yang ingin berdua-duaan bersama teman dan ada juga yang elok sikit bercadang ingin ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Saban tahun beginilah fenomenanya di Malaysia bahkan mungkin di seluruh dunia.

Beberapa jam sahaja lagi 2012 bagi melabuhkan tirainya. Banyak kenangan pahit dan manis, kisah suka dan duka yang aku lalui sepanjang tahun ini. Tahun terakhir sebagai pelajar sekolah, peperiksaan SPM, rakan-rakan, kejayaan dan kegagalan semuanya menjadi watak utama kepada diriku sepanjang tahun ini. Ini adalah highlight aku bagi tahun ini.

SPM 2012

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. Ya peperiksaan yang paling besar bagi mereka yang bergelar pelajar. Semua pelajar akan melaluinya jika mereka menghabiskan sekolah sehingga tingkatan 5. Aku turut tidak terkecuali. Sebagai pelajar yang lahir pada tahun 1995, aku dijodohkan dengan SPM pada tahun ini, 2012. Sebelum ini aku juga telah dijodohkan dengan UPSR pada tahun 2007 dan PMR pada tahun 2010. Mengikut kebiasaannya inilah trek perjalanan pelajar 1995 melainkan ada antara mereka yang lompat.

Cakap pasal SPM siapa yang tak takut ? Semua akan takut. Sebab pendapat rakyat Malaysia rata-rata mengatakan SPM merupakan penentu hala tuju dan masa hadapan seseorang. Aku setuju tetapi tidak seratus peratus.  Aku seperti pelajar-pelajar lain yang inginkan masa hadapan yang sempurna mula menelaah pelajaran dengan lebih serius dan gigih. Depan mata aku sendiri aku dapat saksikan rakan-rakan sebatch aku berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapat kecemerlangan dalam SPM.

Ada yang tidur lambat, ada yang bangun awal pagi, ada yang tak balik asrama, ada yang tak pergi riadah, ada yang tak turun dewan makan, ada yang pergi kelas awal balik kelas lambat dan ada yang bersama dengan buku walau di mana sahaja. Semua ni diorang lakukan demi ingin mencapai kejayaan dalam hidup disamping tidak ingin menghampakan harapan ramai pihak terutama ibu bapa dan guru-guru.

Alhamdulilah, aku dan semua rakanku telah menamatkan peperiksaan kami pada 27 November 2012 pada jam 3.31 petang dengan kertas terakhir Biology Paper 3. Hampir sebulan kami bertarung bermula pada 5 November 2012. Jadual juga agak memberi kelebihan sebab ada gap yang panjang antara satu minggu dengan minggu yang lain. Apa-apa pun semua telah kami lakukan dan sekarang hanyalah fasa bagi kami bertawakal dan berdoa kepada Allah SWT. InsyaAllah segala usaha kami akan diberkati dan harapan untuk melihat SESTA menjadi No. 1 Perak atau mungkin Malaysia dan 100% 9A+ mungkin akan menjadi kenyataan. Amin !

5 ALAMANDA 2012

Alhamdulilah bersyukur kerana pada tahun ini aku dipertemukan dengan kelas ini. Sepanjang 2 tahun di SESTA aku sangat-sangat bersyukur kerana dimasukkan di dalam dua kelas yang sangat best. 4 LILIUM dan 5 ALAMANDA. Banyak perkara yang aku belajar daripada kelas ini dari segi pelajaran, persahabatan dan kehidupan. Terima kasih juga pada guru-guru yang mengajar kelas ini kerana menjadikan sesi pembelajaran kami best.

Prep malam pertama, sejujurnya aku cakap memang aku bosan gila. Semua sibuk dengan baca buku walaupun itu malam prep pertama dan kita belum lagi mula belajar silibus tingkatan 5. Waktu itu aku terfikir, takkan lah aku nak kene hadapi semua ini setahun. Setahun tu, bukannya sekejap. Sehingga kelas kami digelar "robot" oleh budak kelas lain. Waktu prep malam boleh dengar bunyi kipas berpusing kat atas, bayangkanlah betapa senyapnya kami.

Waktu tu juga aku tak tahu macam mana aku nak buat kawan dengan budak-budak perempuan. Nasib ada Syazmeen dan Ain yang sama-sama kelas dengan aku dari 4 Lilium. Bayangkanlah semua dengan buku-buku sampai aku nak buat bising pun rasa bersalah. Budak lelaki aku okay, cuma aku tak tahu macam mana nak buat kawan dengan tiga orang ni. Zain, Izzat dan Haiqal. Tapi itu dulu.

Tapi itu semua cerita awal-awal tahun. Waktu semua malu-malu lagi. Aku tak pasti bila waktu yang sebenar, tapi aku mula sedar lepas Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kelas dah makin bising, bunyi kipas tak boleh nak dengar dah, aku mula dengar suara-suara budak perempuan dan yang paling ada budak kelas aku belajar dekat kelas lain sebab kelas bising sangat.

Ini lah yang aku nak dari awal tahun ! Kelas yang riuh. Tapi riuh kami riuh bertempat. Aku nak berterima kasih pada watak-watak yang membantu menceriakan kelas. Haiqal, Ain, Fatin Nabilah, budak-budak 4R dan semua sekali lah. Waktu ni aku barulah aku rasa selesa duduk kelas ini. Baru aku mula dapat berkawan dengan budak-budak perempuan.

Sampailah 2 peristiwa penting hujung tahun. AlamanDay dan Perfect Score. Dua program ni buat aku rasa rapat gila dengan classmate aku. Sehinggakan aku dapat rasakan mereka ni sebahagian dari keluarga. Pagi kami belajar bersama, petang prep petang, malam pun kami belajar bersama. Sehinggalah wujudnya salasilah keluarga 5 Alamanda.
5 Alamanda 2012, aku sayang korang.





No comments:

Post a Comment