Friday, December 28, 2012

Genap sebulan

27 Disember 2012. Kini sudah genap sebulan aku bergelar lepasan SPM. Genap sebulan aku meninggalkan alam persekolahan. Genap sebulan aku berpisah dengan kawan-kawan aku. Genap sebulan aku berpisah dengan buku-buku dan handout-handout. Genap sebulan aku bebas daripada peraturan sekolah.


Terasa bagaikan sudah lama, namun hakikatnya baru sahaja sebulan. Sebulan ni aku hanya isi dengan REHAT. Lepas setahun bertungkus-lumus untuk SPM, inilah masanya untuk aku rehat. Waktu-waktu selepas trial memang memenatkan. Bangun pagi, tengahari tak balik dorm, kelas petang, stay up sampai pagi itu semua kami "Allsenspires 1112" lakukan semata-mata ingin mencapai visi dan misi kami sendiri iaitu 100%  9A+ SPM 2012 melebihi visi sekolah 90% 9A.

Aku ingat kata-kata kawan aku Izzat Nazmier "Sekarang ni kita kurang-kurangkan lah tidur tu. SPM berapa hari je lagi. Lepas SPM kita tidur la ramai-ramai" Jadi sebulan ini aku hanya isi dengan rehat dan beberapa aktiviti. Soal kerja, aku tunggu 2013 menjelma.

Alhamdulilah aku sempat menghadiri kelas memandu sepanjang sebulan ni dan sudah pun mendapat lesen L. Kini hanya tinggal 10 jam latihan dan ujian sebelum lesen P dalam gengamanku. Sebulan ini juga aku banyak habiskan masa di hadapan laptop. Online, layan movie yang tak sempat tengok, apply scholarship itu semua mengisi waktu-waktu aku.

Harapan aku untuk tempoh sebulan mendatang, sudah semestinya aku ingin bekerja. Aku juga mahu Lesen P aku siap. And by the way, tahniah kepada yang akan mendaftar di UPM, UTP dan tak lupa juga PLKN. Semoga berjaya :D



No comments:

Post a Comment