Thursday, December 27, 2012

Cerita Bola Sepak Malaysia

Semalam aku pergi ke shopping complex kebanggaan orang Perak, Jaya Jusco Kinta City, Ipoh. Tambah buang masa, aku terus menapak ke gedung buku MPH. Sampai sekarang tak tahu apa maksud MPH tu. Atau memang tak ada maksud. Mata aku terus meliar mencari satu buku yang dah lama aku cari. Nampak satu rak buku label "Malaysia". "Haaa, dekat sini kut". Akhirnya aku jumpa buku ini, "Cerita Bola Sepak Malaysia". Di susun bersebelahan dengan abangnya, "Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia"

Aku terus ambil buku letak kat kaunter untuk bayar. Ada pula seorang mamat ni usha lain macam kat buku aku. Sambil pandang aku,

"Malaysia bro ?"
"Ya"
"Bro, dengan Thailand pun tak lepas bro."

Aku diam. Bagi duit kat awek cashier terus belah.


CBSM di sisi abangnya CMTKPD

Overall, tahniah aku ucapkan pada pengelola projek ni. Brother Lucius Maximus.  Dan terima kasih kepada penulis kesemua empat belas cerita yang mewakili setiap negeri di Malaysia. Bro Lucius, gua harap lu tak berhenti buat buku pasal bola lagi. Gua nak dengar ada lagi next projek dari lu. Terkilan sikit sebab tak sempat beli buku first lu Cerita Piala Dunia. Salute lu bro !

1 comment:

  1. Terima kasih bro kerana support usaha kami. Harap bro enjoy membacanya sebagaimana kami enjoy menulisnya. By the way, MPH adalah Malaysia Publishing House :)

    ReplyDelete