Friday, July 5, 2013

Mesir - Pencabulan Demokrasi


2011. Dunia menyaksikan bumi Arab mengalami demonstrasi besar-besaran yang juga dikenali sebagai arab spring. Mesir turut tidak ketinggalan. Kemarahan rakyat terhadap pemerintahan diktator Hosni Mubarak sudah sampai ke kemuncaknya.  Dikatakan ekonomi Mesir sewaktu pemerintahan Mubarak begitu parah. Rakyat hidup melarat. Golongan miskin hidup gelandangan.  Korupsi, kurangnya kebebasan bersuara juga antara punca rakyat bangkit. Sedangkan asset Hosni Mubarak sendiri bernilai AS$40 billion. Ada juga yang melaporkan jumlah sebenar adalah AS$70 bilion.

25 Januari 2011. Penentangan ini yang pada mulanya hanya bermula di laman sosial Facebook berjaya mengumpul hampir kesuluruhan rakyat mesir. Berjuta rakyat turun untuk menuntut demokrasi di Mesir. Ikhwanul Muslimin turut serta. Rakyat dahagakan demokrasi yang bersih. Rakyat menanti ketibaan pemimpin yang adil. Rakyat menunggu sinar Islam di bumi Mesir.

11 Februari 2011. Tumbangnya Hosni Mobarak. Berakhirlah pemerintahan diktatornya selama 30 tahun. Tentera memerintah selama enam bulan sebelum menanti pilihanraya baru. Pilihanraya yang semestinya berbeza dengan pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

2012. Pilihanraya pertama yang bebas dan adil telah diadakan di Mesir. “Inilah kali pertama kami tidak tahu siapakah yang paling layak untuk menjadi presiden Mesir, tetapi yang menariknya, kamilah yang akan membuat pilihan tersebut!” Jawapan yang seragam yang akan diberikan oleh rakyat Mesir. Parti Ikhwanul Muslimin yang ketika era pemerintahan Hosni Mubarak agak senyap dan kurang aktif dilihat sebagai pilihan utama untuk memenangi.

11 Januari 2012. Keputusan pilihanraya diketahui umum. Seperti dijangka parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi. FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat. Kuubu konservatif,Parti Salafi al Nur memperoleh  121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi. FJP juga telah melantik Saad Al-Katani sebagai speaker Majlis Rakyat

Namun walaupun FJP menguasai hampir separuh kerusi, tidak bermakna presiden akan terus diisi oleh wakil dari parti tersebut. Jun 2012 satu pilihanraya Presiden akan dijalankan

Jun 2012. Pilihanraya Presiden dijalankan. Calon JFP Dr. Muhammad Mursi akan ditentang oleh Ahmed Syafiq, sekutu kuat Husni Mubarak. 


18 Jun 2012. Dr.Muhammad Mursi memperoleh 52% undi berbanding lawannya, Ahmed Syafiq, yang hanya mendapat 48% . Pengaruh Hosni Mubarak lenyap di bumi Mesir. Rakyat bersyukur dengan keputusan ini. Islam kembali berdaulat di bumi Mesir. 

Namun itu semua tidak lama, 

7 April 2013. Terkuburnya demokrasi di Mesir. Tewasnya Presiden yang dipilih melalui pilihanraya yang bersih dan adil melalui pemberontakan. Presiden Morsi berjaya digulingkan oleh Tentera Mesir.  Menariknya Jeneral tentera Mesir, Abdul Fatah Al Sisi yang mengetuai pemberontakan itu dilantik sendiri oleh Presiden Morsi di awal pemerintahannya dahulu. 

Keputusan yang telah diumumkan :

1. Perlembagaan akan digantung untuk tempoh sementara
2. Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai kerajaan sementara dalam tempoh peralihan
3. Ketua Hakim diberi mandat untuk mengeluarkan dekri selama tempoh tersebut

Campur tangan kuasa luar ? Tidak mustahil itu berlaku. Malah aku yakin itu lah yang sudah berlaku.

Memetik kata-kata Syeikh Al-Qadrawi “30 tahun rakyat Mesir boleh bersabar dengan pemerintahan Hosni Mubarak yang telah menzalimi mereka. Mengapa pula dengan Morsi yang hanya baru setahun memerintah dengan adil, namun mereka tidak boleh bersabar ?”

Tarikh ini akan diingati oleh seluruh umat islam. Tarikh ini akan terpahat sebagai sejarah hitam dalam perjalanan Islam di bumi Mesir khususnya dan dunia amnya. Wajah-wajah pejuang ini akan terus diingati. Perjuanganmu tidak sia-sia.

Perjuangan baru sahaja bermula

AmirulSyakir. 5Jun2013. 0213.

No comments:

Post a Comment