Monday, July 1, 2013

KIL - Suatu Permulaan ?


2 hari lepas aku berkesempatan untuk menonton filem arahan Rewan Ishak ini di Astro First.Ya aku tidak berkesempatan untuk ke pawagam untuk menonton tetapi sekurang-kurangnya aku membayar untuk menonton filem. Tidak seperti kebanyakkan dari kita yang hanya tahu mengkritik tanpa ada inisiatif untuk membantu. Hendak kan filem kita maju tapi filem-filem melayu semua download free. Mana produksi nak dapat duit ? 

Berbalik pada filem ini tadi. Sambutan yang aku lihat di laman twitter sangat menggalakkan. Pernah pada suatu ketika trending untuk 2 hari berturut-turut. Rata-rata yang memberi komen mengatakan filem ini sebuah filem yang lari dari tipikal kita. Ada yang mengatakan filem ini antara filem terbaik yang pernah anak melayu hasilkan.

Tapi aku yakin dan pasti, di sebalik sambutan hebat di twitter ni lain ceritanya di pawagam. Aku dapat tahu yang di pawagam tidak lah sehebat mana sambutannya. Separuh mungkin paling banyak penontonnya. FINAS pun masih belum mengupdate kutipan filem ini walaupun sudah lebih 3 minggu di tayangkan. Cuti panjang mungkin.

Apa yang membuatkan aku tertarik dengan filem ini ? Aku tertarik dengan pengarahnya Rewan Ishak. Aku pernah menonton filem pendek arahannya. Hebat. Sinematografi, shot-shot scene yang mantap. Tapi paling aku suka adalah mesej-mesej yang cuba disampaikannya. 

Selepas menonton filem ini aku antara yang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan ini antara filem melayu yang terbaik pernah dihasilkan. Genre yang sangat jarang dibikin oleh produksi Malaysia. Aku sendiri tidak pasti hendak melabelkan filem ini sebagai genre apa. Tetapi di dalamnya sarat dengan unsur persahabatan, percintaan, kekeluargaan, aksi dan yang paling penting unsur kehidupan.

Redza Minhat berjaya membawa watak Akil. Lakonan yang sarat dengan emosi. Seorang yang psycho mungkin pada aku. Keliru tentang hala tuju hidupnya. Masih tidak dapat terima kenyataan apa yang berlaku pada keluarganya.

Christine Suzanne sebagai Zara. Pertama kali aku menonton lakonannya. Wataknya yang cute dan catchy tapi dalam masa sama menyimpan rahsia sebagai seorang “pembunuh” kepada mereka yang ingin bunuh diri.

Tapi paling menarik sudah tentu watak Harun Salim Bachik sebagai Harun. Pertama kali melihat abang Harun lari dalam kebiasaanya komedi nya. Berjaya membawa watak consultant kepada Akil. Dan dialognya ketika “membunuh” Akil itu aku yakin mesejnya sampai kepada penonton.

Twist. Sesuatu yang jarang ada dalam filem melayu tetapi Rewan Ishak berjaya sampaikan. Fakta bahawa family Akil yang lain telah meninggal dunia. Tugas sebenar Life Action Bureau. Pekerjaan sebenar Zara. Dan juga keterlibatan Zara dalam kes Akil. Amazing. 

Susunan muzik juga bagi aku kemas dan tepat. Kena pada situasi dan keadaan sesuatu scene tersebut. Lagu tema Rapuh nyanyian Pesawat juga sangatlah sesuai bagi filem ini

Dari segi sinematagrofi pula aku suka filter yang diguna pada filem ini. Tenang. Shot-shot yang menarik terutama ketika di dalam office Life Action Bureau.

Aku mengharapkan produksi filem melayu dapat menghasilkan lebih banyak lagi filem-filem yang setanding atau mungkin lebih hebat daripada ini. Antara filem melayu yang sehebat selepas KL Gangster. Aku juga masih mencari peluang untuk menonton filem SAM yang juga ramai mengatakan bahawa filem ini merupakan antara filem melayu yang hebat. 

Kepada peminat filem melayu, teruskan menyokong karya tempatan. Hendak melonjakkan industri filem Malaysia kita memerlukan sokongan padu dari peminat. Jangan lah jadi seperti kebanyakkan yang menyalak supaya kualiti filem melayu ditingkatkan tapi mereka sendiri langsung tidak pernah mahu menyokong karya-karya tempatan.

AmirulSyakir. 1 July 2013. 0430.

No comments:

Post a Comment