Tuesday, December 18, 2012

2 tahun yang lepas


23 Disember 2010 - Pagi itu aku bangun seperti biasa. Aku sendiri pelik sebab rasa cuak dan takut seakan-akan tiada. Mungkin sebab aku tidak mengharapkan yang terbaik iaitu 8A disebabkan rekod aku yang lampau. UPSR aku hanya dapat 4A 1B dan trial PMR hanya 5A 3B. Target personal bagi diri aku pada ketika itu hanyalah 7A 1B, English B.

Dalam perjalanan ke sekolah, bapak aku tanya "Boleh ke dapat 8A ?" Aku diam, mak aku yang menjawab "Boleh tu, InsyaAllah". Wahhh mak aku ni. Timbul sedikit harapan sebab aku yakin pada naluri seorang ibu.

Sampai di sekolah aku turun dari kereta seorang diri. Keluarga aku semua pergi kedai mamak sementara tunggu aku ambil result. Masuk dalam dewan, terus aku jumpa kawan-kawan aku. Lebih sebulan tak jumpa. Macam-macam yang di sembangkan, tapi langsung tak sentuh pasal PMR. Kat depan aku ada 7 meja, yang setiap satu mewakili satu kelas. Meja kelas aku di hujung sekali berlabel 3 Delima.

Turunnya guru kelas aku, Ustazah Siti Faridah dari bilik guru. Tiba-tiba perasaan cuak dan takut datang. Ahhh, sudah. Tiba-tiba dia datang. Aku rileks dulu. Bagi budak-budak perempuan ambil dulu. Aku nampak Mri suka gila. "Ehmm, straight A's" la tu dalam fikiran ku. Lepas tu Atiqah Balqis ambil result peluk-peluk pulak dengan Mri. "Sorang lagi". Aku perhatikan dari jauh.

2 orang dah. Kalau ikut rekod tahun lepas takda sorang pun dapat straight A's dan rekod terbaik 9 orang tahun bila tak ingat. Sorang-sorang pulak lelaki pergi ambil result. Aku rileks lagi. Datang Mri cakap dekat aku, "Pergi la ambik you punya result. 9 orang straight A's" 9 ? Adakah aku salah seorang. Meja dah kosong, aku slow-slow jalan jumpa Ustazah. "Emmm, Syakir. Tahniah"

Dari atas slip hanya ada satu huruf, A. "Alhamdulilah" Bisikku dalam hati. "Terima kasih Ustazah". Tanpa buang masa aku terus message abah. "Dapat 8A".

Tapi itu cerita dulu, 2 tahun lepas. Biarlah ia menjadi antara kenangan terindah dalam hidup aku. Keputusan itu sekaligus membawa aku ke Sekolah Menengah Sains Tapah bersama-sama Ain, Umar dan Alice. Alhamdulilah, sudah selesai menamatkan pengajian selama dua tahun dengan detik terakhir subjek Biology kertas 3 pada 27 November 2012 jam 3.30 petang.

Kepada batch 1997 yang akan mengambil result esok, terima apa sahaja keputusan dengan hati yang terbuka. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Jika gagal, jadikan ia sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam SPM dan masa-masa yang akan datang. Jika berjaya, jangan leka. Teruskan berusaha kerana cabaran yang lebih berat menanti anda.

Perasaan takut sebelum ambil keputusan sebenarnya bagus kerana ia menunjukkan betapa kita berharap agar mendapat keputusan yang cemerlang. Dan sudah tentu kita sudah melakukan yang terbaik. Jadi, walau apa pun keputusan yang dapat, bersyukur dengan rezeki dan jangan berhenti.
 "Learning process is like cycling, once you stop you will fall."
Good Luck to all 1997's

1 comment: